18 January 2012

...:: ::...

Tulang rusuk Adam yang hilang biarlah dia yang mencarinya sendiri..


Hawa pula,tunggu dan bersabarlah
tidak perlulah kamu yang mencari Adam
kerana kamu (Hawa) tetap tulang rusuknya yang hilang
dia (Adam) pasti akan datang mencarimu
dan mengambilmu satu hari nanti

apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah


berdoa agar Adam yang datang itu adalah
Adam yang beragama,
beramal dengan agamanya,
dan punya akhlak yang baik


dengan kata lain,dia (Adam) dapat membimbing kamu (Hawa)
ke jalan lurus untuk ke syurga


sementara itu Hawa,
lengkapkanlah dirimu dengan sifat-sifat mahmudah
agar menjadi muslimah yang sejati
yang sepadan dengan Adam mu itu nanti :)

awanpastel.blogspot.com




...::heart's quote ::...

FORGIVING CAN'T CHANGE THE PAST..
BUT WHEN YOU FORGIVE,YOU SURE CHANGE THE FUTURE  : )
awanpastel.blogspot.com

15 January 2012

SPEECHLESS


NOW I'M 
SPEECHLESS,
OVER THE EDGE
I'M JUST BREATHLESS,
I NEVER THOUGHT THAT I'D CATCH THIS
LOVE BUG AGAIN,

HOPELESS,
HEAD OVER HEELS 
IN THE MOMENT,
I NEVER THOUGHT THAT I'D GET HIT
BY THIS LOVE BUG AGAIN



actually,lirik ni tak ade kena mengena dengan entry ni..hoho
tak tau nak post ape..so,letak tajuk SPEECHLESS..
lepas tu,tiba-tiba teringat yang kalau dengan kawan-kawan..
nak-nak dengan AIMAN SYAZANA
kalau sebut speechless je,
automatically,teringat lirik lagu ni..
rasa macam sesuai sangat..err,,macam je la,walaupun tak berapa sesuai :)

THAT'S ALL,SEKIAN ;)

AWANPASTEL.BLOGSPOT.COM

3 January 2012

SEKOLAH,,HERE I COME !!!!

sekolah start esok...actually malas..
tapi bila fikirkan peperiksaan besar tahun ni..
aku harus gagahkan diri aku..cewwah!
takpe..tahun ni kena struggle..jangan asyik cakap je tapi kena bertindak!!
so, i'll do my best for this year..insyaAllah...
tapi kerja time cuti yang cikgu bagi..
banyak lagi..errr,,banyak gilerst tak siap...
redha jelah..
aku baru tengok soalan yang menimbun tu je,
aku da rasa loya..kalah mak budak mengandung 6 bulan..
hehehe..so,
SEKOLAH,HERE I COME!!!!
with unfinished homework
sekian..

tengok sikit,inilah sekolah ku cinta ♥..
awanpastel.blogspot.com

1 January 2012

kepok dan nisan

27 disember 2011 hari tu,aku pergi kubur arwah atuk dekat area shah alam..
pergi satu family sebab nak naikkan batu nisan dekat kubur
so,ni first time aku tengok cara-cara nak pasang..
alhamdulillah,pengalaman baru buat aku..




 mula-mula dia alihkan batu-batu dekat atas kubur tu..
pakcik ni kemas kan tanah tu sikit..

mereka tengah angkat batu simen
untuk dijadikan base..

then,mereka letak betul-betul dekat
tengah-tengah tanah yang pacik tu dah kemas..
kira dekat center kubur 

macam ni lah hasilnya

pakcik tu tengah penuhkan lubang yang ada
dekat tepi-tepi base tu dengan tanah lebih..

bila base dah kemas,pakcik tu letak lah kepok..

masa nak letak kepok ni,pakcik ni ada guna satu
benda yang boleh measure untuk center kan
kepok tu..

pakcik tu tengah habis kan pasang kepok tu..
nampak macam senang..sebab main cantum-cantum je..

ni,mereka nak ambil tanah untuk di isi ke dalam kepok..

pakcik tu tengah tunggu member bawak tanah..

tanah di isi ke dalam kepok..


isi penuh-penuh

lepas tu, pakcik tu rata kan tanah tersebut..
pakcik tu ratakan betul-betul


sebelum letak batu putih yang kecil-kecil tu,
pakcik tu letak tanah yang warna coklat kekelabuan tu dulu..

pak long aku tengah rata kan batu kecil tu..

rata kan kemas-kemas..

penuhkan 

time ni,batu nisan belum siap..actually dah order..
tapi maybe sebab ramai sangat orang tempah,
orang yang buatkan nisan tu pun terlupa nak buat arwah atuk punya..
so untuk sementara nisan diganti dengan tumbuhan..
hanya sebagai tanda..

alhamdulillah,segalanya berjalan lancar..
tak ada masalah...
walaupun rasa hari tu panas..
tapi kitorang bawa payung..
lagipun,,ada ketikanya aku perasan
yang langit kadangkala mendung...
bukan kerana hari nak hujan..
tapi sekadar awan menutup cahaya matahari..
semuanya atas belas ehsan allah s.w.t .. :)



oh ya..hari sebelum tu (26 disember 2011)
kami sekeluarga buat kenduri dulu..
memang penat..kaki ni lenguh juga lah..
tapi rasa berbaloi sangat sebab dapat tolong..
happy pun ada jugak..
balik semua penat..tapi tidur lambat..haha
tak boleh tidur lah pulak..
tak tau la pukul berapa mata ni terlelap..


ni adik-adik sedara aku..
otw nak pergi masjid taman tu..
makanan naik kereta..
kitorang jalan kaki..
nasib baik dekat..hoho


curi ambil gambar diorang..
jadi mamarazzi jap..hehe

makanan untuk bahagian perempuan..

tengah get ready..letak-letak makanan..
makanan malam tu memang sedap lah..



ni ada budak berlatih kompang dekat situ..
tangkap dorang sikit..hehe
bersemangat diorang main




alhamdulillah,kenduri malam 
tu pun berjalan lancar..
makanan pun cukup je..
siap boleh bawa balik 'tapau'..
berbaloi siapa yang datang malam tu.. :)






 ni just nak share gambar yang aku ambil dekat kubur tu..
tak ada niat apa-apa pun..


batu yang ala-ala tunggul yang cantik yang warna putih tu sebenarnya tempat duduk..
jakun sikit aku ni tu yang tangkap gambar tu..hehe



awanpastel.blogspot.com