31 December 2011

HINDUSTAN PUNYA CERITA


movie yang aku cerita ni semua movie hindustan ^^

PENGALAMAN TENGOK CERITA HINDUSTAN DEKAT SEKOLAH
Dulu masa form 1-form 5,aku duduk hostel..masa tu akhir tahun form 4..
aku dengan kawan kawan yang duduk dekat hostel tu tak tau nak buat apa..
ye lah,akhir tahun lah kata kan..pergi sekolah cikgu tak ajar sangat sebab dah habis syllabus form 4..
so,kerja sekolah pon tak ada lah..padahal tahun depan nak spm tu..hoho..
sebenarnya cikgu suruh buat revision sendiri,,
tapi kalau dah disuruh buat sendiri tu 
memang kitorang anggap tak ada homework lah..
memang honeymoon year lah form 4 tu..
kalah orang baru nikah yang pergi honeymoon (ye ye je..hoho)..
disebab kan kitorang ni 'takde' kerja sekolah,kitorang pon buat movie marathon..
nak-nak time tu,pihak hostel baru beli dvd player memang syok habis lah..
ada sorang kawan aku ni,nama die LILY SURYANI..
dia ni memang suka sangat-sangat-sangat tengok cerita hindustan,
so dia bawak lah semua dvd hindustan yang dia ada..

cerita KUCH KUCH HOTA HAI pon ada..

banyak lah dvd yang dia bawak tapi aku takde lah tengok semua..
tak mampu aku,hahaha..tapi pengalaman tengok satu cerita ni memang aku tak boleh lupa..
tajuk cerita tu, KAL HO NA HO..


cerita tu memang sangat-sangat best..best gilerst..
biasa kalau buat movie marathon,kitorang tengok satu form..
tapi kali ni kitorang tengok dalam lebih kurang 5-6 orang je..
memang feel habis lah..
nak-nak part time shah rukh khan tu dalam hospital
sebab dah nak mati..lagi la sedih..
menangis-nangis kitorang..
actually,kitorang tak tengok ramai-ramai sebab
 nanti bila ada orang yang nampak kita menangis,mesti dorang cakap..
"eh,,kenapa mata kau macam berkaca je..nangis ea??"..haha
sebab tu lah malu sikit..
tapi bila semua dah menangis,memang jadi tangisan berjemaah lah..
cerita tu,boleh kata cerita yang aku jadi sedih sebab 
tengok pengorbanan yang dilakukan oleh 
SHAH RUKH KHAN (watak utama yang last sekali dia mati)..
selain sebab cinta,
nilai kasih sayang keluarga yang ditonjolkan pon menyentuh hati..
tahan macam mana pun,tetap keluar jugak air mata tu..cehh..
tapi memang best lah menangis ramai-ramai..
sebab ada orang yang faham kesedihan kita tu..
cewwah,padahal tengok hindustan je.
.but,seriously cerita ni memang sedih (bagi aku)..
sebab aku dah berapa kali tengok ni pun still meleleh jugak airmata..
tapi sikit-sikit lah..hahaha...
aku pun tak tau nak describe macam mana perasaan sedih tu
tapi memang sedih sampai habis cerita lah...
banyak lagi cerita yang sedih tapi yang aku paling ingat cerita ni lah..
nak-nak masa aku tengah tulis ni,aku baru lepas tengok cerita ni..
tu yang bersemangat aku cerita..kui3

MENGENAI PERSAHABATAN
ok,siapa yang tak pernah tengok cerita 3 IDIOTS





(maybe ada yang belum tengok)..
tapi majoriti pernah tengok cerita yang best gilerst jugak tu kan..
cerita tu memang menggambarkan sepenuhnya nilai persahabatan budak 3 orang,iaitu 
RANCHHODDAS CHANCHAD(WANGDU),FARHAN QURESHI dan RAJU RATSOGI 
persahabatan diorang sangat indah..
nak-nak si RANCHO tu genius habis..
bukan setakat genius dalam belajar,dalam bab meng-klepet orang pun genius jugak..
percintaan RANCHO dengan PIA tu macam pemanis cerita lah..
part yang paling best masa kakak PIA tu dah nak bersalin,tapi jalan banjir..
time tu memang  best sebab budak-budak engeneering tu semua saling bekerjasama+membantu..
lagi-lagi time blackout tu..
part yang sedih pulak masa RAJU masuk hospital sebab 
terjun bangunan daripada bilik pejabat SIR.VIRUS..
part tu,nampak sangat kesetiaan kawan-kawan RAJU 
terutamanya si FARHAN dengan RANCHO lah..
diorang berusaha supaya RAJU kembali sihat dan boleh bergerak semula..

RAJU          RANCHO        FARHAN


MR.VIRUS merangkap ayah mentua RANCHO(WANGDU)

Aall izz well = All is well
ayat magic dalam cerita ni..


lagi satu cerita yang best mengenai persahabatan 
bertajuk HEROES..



 cerita ni bukan macam cerita HEROES yang omputih tu..
dalam cerita ni,heroes dalam tu semua
tak ada super power pun..
cerita ni actually mengenai perjalan 2 sahabat yang
nakal,lepas tu belajar pun suka main-main..
suka buang masa berseronok dengan girls je..

akibat tak lulus dalam exam (rasanya kott..tak ingat la pulak)
lecturer diorang suruh buat satu filem pendek..
mula-mula diorang nak buat yang senang je
tapi akibat satu insiden..
akhirnya diorang putuskan nak buat
filem mengenai tentera,
dengan bantuan beberapa keping surat yang ditulis
oleh  tentera yang dah gugur di medan perang..
surat-surat tu semua pihak tentera tak sempat sampaikan
pada keluarga tentera-tentera tersebut..

oleh itu bermulalah pengembaraan mereka menuju ke alamat 
yang tecatat pada surat-surat tersebut..
akhirnya,selepas mengetahui kisah sebenar 
yang ada pada setiap surat tersebut,
mereka pun sedar dan menjadi manusia berguna..

diorang 2 orang pada mulanya rasa
yang jadi tentera tu sebenarnya tak berbaloi..
sebab terpaksa korbankan diri  sendiri..
tapi,diorang takde lah jadi tentera akhirnya
diorang tetap berbakti dengan masyarakat
walaupun tak jadi tentera..
kerana akhirnya 
diorang berjaya membuka sebuah universiti


itu lah antara pengalaman aku menonton hindustan..hehe

awanpastel.blogspot.com

30 December 2011

SWEET 7teen~

Tanggal 30 DISEMBER 1994,,telah lahir seorang bayi perempuan
yang bernama AKALILI IZZATY BT AWALUDDIN..
dia tak tahu masa tu yang dia sebenarnya mempunyai seorang kakak yang agak comel bernama AKALILI 'IFFA BT AWALUDDIN kerana dia baru lahir..
kakak die yang comel tu tau dia ada adik walaupun baru berumur 
1 tahun..kakak dia happy sangat sebab nanti ada kawan nak ajak main,
nak ajak teman pergi tandas,nak ajak pergi main buaian yang atuk buatkan,nak ajak pergi mana-mana je...

dan pada 30 DISEMBER 2011,,
umur dia pun genaplah 17 tahun..

HAPPY BIRTHDAY TO YOU

SAENGIL CHUKAHAEYO~
disebabkan dia suka sangat korea,,
orang pon wish sikit dalam bahasa hangul
hehehe


okies,,ni dia adek demok aku
yang photogenitt tu..haha
l
l
l
l
V


#gambar lupe rotate

 dia kata gambar ni comel...
siap buat wallpaper lagituh..
so,,aku post sekali gambar ni
kehkehkeh~


WITH LOTS OF LOVES,
awanpastel.blogspot.com
so,, happy bday to you..may ALLAH S.W.T always bless you..and good luck in everything u do :).. xoxo

23 December 2011

KE MANA KITA??

nak dijadikan cerita..ada suatu hari tu yang aku tak ingat tarikhnya..kami se-family pun pergi la majlis tunang anak orang..sedara kitorang jugak laa..so,aku pun ikut je lah mana diorang nak bawak aku kan..sampai-sampai je..kitorang terus masuk dalam..lepas tu makan..agak bosan sebab sedara mara yang lain ramai tak dapat datang..so,lepas tu kitorang pergilah makan..da tuan rumah ajok...kami pon ape lagi..laju jee..lagipun hari tu tak sempat sarap sebab bangun lewat sikit..aku tengok lauk die..pergghh,,sedap beb..kalau la lauk orang kahwin macam tu memey sodap je orang tambah..bankrup terus pengantin baru..haha (apa yang aku nak cite ni sebenarnya?)..

  1. so,lepas makan-makan tu,diorang semua pun get ready nak pergi rumah pihak perempuan..kitorang satu family ni pun ikut la sekali..da tuan rumah ajok..mula-mula perjalanan tu berjalan lancar..tapi,,tiba-tiba bila sampai kat ada traffic light tu,kitorng semua terpisah-pisah..dan yang paling tak sodap tu..family aku ni pun berada dalam group yang terpisah dan tak tau jalan..tapi kitorang jalan jugak...tapi bila da sampai kat kawasan rumah piak perempuan,,tak tau rumah pulak..dan entah macam mana kereta family aku ni boleh terpisah drpd yang lain..lagi sesat ,,tapi sesat dekat tempat yang kitorang biasa lalu..puncanya sebab tak tau rumah..yang lain tu pun satu..bukan nya nak tunggu lak tu..hmmm
lepas pusing 2 kali tapi tak jumpa jugak..kitorang pun ambil keputusan nak balik setelah aku berkata "tak pe lah..tak payah la cari lagi..kalau kita tak ada pun bukannya orang tu tak bertunang"...so,semua sepakat nak balik..tapi bila sampai dekat ada simpang empat tu..atuk aku pun kata tak jadi balik..maka kami pun melencong ke melaka..atau lebih tepat lagi..MASJID SELAT,MELAKA..aku memang suka pergi sana...walaupun tak ada pape sangat dekat sana..tapi panorama tempat tu memang tenang je..nak-nak dekat dengan laut...oh! sepoi-sepoi bahasa anginnya..haha


cantik sangat masjid tu..

 alfian tembam..tapi lari laju wooo..haha


tutup mata tu bukan sebab apa pun..terlampau asyik dengan keindahan burung-burung terbang melintasi awan..indahnya cipataan allah s.w.t dan binaan manusia yang indah itu pun hasil kebijaksanaan allah s.w.t mencipta otak..tengah feeling la tu konon-konon..haha ;D
lepas tu kami pun pulang..that's all..
saja je nak ambil angin laut..hehe..



akaliliffa142.blogspot.com

12 December 2011

everything's okay!!


sometimes when your heart is in misery..you think you want to be alone..it's the best think you ever thought on that time..but when someone stays with you,,your mind starts to change..you feel comfort and grateful that someone willing to be beside you..and it's always true when people said EVERYTHING'S GONNA BE OK ..just let someone be beside you and be your FRIEND :)

everything's ok - lenka
i am a lenka's songs lover <3

7 December 2011

assalamualaikum :D

well as u can see,,this is my first entry...n aq xtau ap yg menyebabkan aq buat bnde ni..hehe
nothing much to say..so, assalamualaikum for muslim n heyya to all ;D

td aq tgk drama jepun "my boss my hero"..bdk2 skola tu sume berebot pudding limited edition ni..hewhew
-salam-