31 December 2011

HINDUSTAN PUNYA CERITA


movie yang aku cerita ni semua movie hindustan ^^

PENGALAMAN TENGOK CERITA HINDUSTAN DEKAT SEKOLAH
Dulu masa form 1-form 5,aku duduk hostel..masa tu akhir tahun form 4..
aku dengan kawan kawan yang duduk dekat hostel tu tak tau nak buat apa..
ye lah,akhir tahun lah kata kan..pergi sekolah cikgu tak ajar sangat sebab dah habis syllabus form 4..
so,kerja sekolah pon tak ada lah..padahal tahun depan nak spm tu..hoho..
sebenarnya cikgu suruh buat revision sendiri,,
tapi kalau dah disuruh buat sendiri tu 
memang kitorang anggap tak ada homework lah..
memang honeymoon year lah form 4 tu..
kalah orang baru nikah yang pergi honeymoon (ye ye je..hoho)..
disebab kan kitorang ni 'takde' kerja sekolah,kitorang pon buat movie marathon..
nak-nak time tu,pihak hostel baru beli dvd player memang syok habis lah..
ada sorang kawan aku ni,nama die LILY SURYANI..
dia ni memang suka sangat-sangat-sangat tengok cerita hindustan,
so dia bawak lah semua dvd hindustan yang dia ada..

cerita KUCH KUCH HOTA HAI pon ada..

banyak lah dvd yang dia bawak tapi aku takde lah tengok semua..
tak mampu aku,hahaha..tapi pengalaman tengok satu cerita ni memang aku tak boleh lupa..
tajuk cerita tu, KAL HO NA HO..


cerita tu memang sangat-sangat best..best gilerst..
biasa kalau buat movie marathon,kitorang tengok satu form..
tapi kali ni kitorang tengok dalam lebih kurang 5-6 orang je..
memang feel habis lah..
nak-nak part time shah rukh khan tu dalam hospital
sebab dah nak mati..lagi la sedih..
menangis-nangis kitorang..
actually,kitorang tak tengok ramai-ramai sebab
 nanti bila ada orang yang nampak kita menangis,mesti dorang cakap..
"eh,,kenapa mata kau macam berkaca je..nangis ea??"..haha
sebab tu lah malu sikit..
tapi bila semua dah menangis,memang jadi tangisan berjemaah lah..
cerita tu,boleh kata cerita yang aku jadi sedih sebab 
tengok pengorbanan yang dilakukan oleh 
SHAH RUKH KHAN (watak utama yang last sekali dia mati)..
selain sebab cinta,
nilai kasih sayang keluarga yang ditonjolkan pon menyentuh hati..
tahan macam mana pun,tetap keluar jugak air mata tu..cehh..
tapi memang best lah menangis ramai-ramai..
sebab ada orang yang faham kesedihan kita tu..
cewwah,padahal tengok hindustan je.
.but,seriously cerita ni memang sedih (bagi aku)..
sebab aku dah berapa kali tengok ni pun still meleleh jugak airmata..
tapi sikit-sikit lah..hahaha...
aku pun tak tau nak describe macam mana perasaan sedih tu
tapi memang sedih sampai habis cerita lah...
banyak lagi cerita yang sedih tapi yang aku paling ingat cerita ni lah..
nak-nak masa aku tengah tulis ni,aku baru lepas tengok cerita ni..
tu yang bersemangat aku cerita..kui3

MENGENAI PERSAHABATAN
ok,siapa yang tak pernah tengok cerita 3 IDIOTS





(maybe ada yang belum tengok)..
tapi majoriti pernah tengok cerita yang best gilerst jugak tu kan..
cerita tu memang menggambarkan sepenuhnya nilai persahabatan budak 3 orang,iaitu 
RANCHHODDAS CHANCHAD(WANGDU),FARHAN QURESHI dan RAJU RATSOGI 
persahabatan diorang sangat indah..
nak-nak si RANCHO tu genius habis..
bukan setakat genius dalam belajar,dalam bab meng-klepet orang pun genius jugak..
percintaan RANCHO dengan PIA tu macam pemanis cerita lah..
part yang paling best masa kakak PIA tu dah nak bersalin,tapi jalan banjir..
time tu memang  best sebab budak-budak engeneering tu semua saling bekerjasama+membantu..
lagi-lagi time blackout tu..
part yang sedih pulak masa RAJU masuk hospital sebab 
terjun bangunan daripada bilik pejabat SIR.VIRUS..
part tu,nampak sangat kesetiaan kawan-kawan RAJU 
terutamanya si FARHAN dengan RANCHO lah..
diorang berusaha supaya RAJU kembali sihat dan boleh bergerak semula..

RAJU          RANCHO        FARHAN


MR.VIRUS merangkap ayah mentua RANCHO(WANGDU)

Aall izz well = All is well
ayat magic dalam cerita ni..


lagi satu cerita yang best mengenai persahabatan 
bertajuk HEROES..



 cerita ni bukan macam cerita HEROES yang omputih tu..
dalam cerita ni,heroes dalam tu semua
tak ada super power pun..
cerita ni actually mengenai perjalan 2 sahabat yang
nakal,lepas tu belajar pun suka main-main..
suka buang masa berseronok dengan girls je..

akibat tak lulus dalam exam (rasanya kott..tak ingat la pulak)
lecturer diorang suruh buat satu filem pendek..
mula-mula diorang nak buat yang senang je
tapi akibat satu insiden..
akhirnya diorang putuskan nak buat
filem mengenai tentera,
dengan bantuan beberapa keping surat yang ditulis
oleh  tentera yang dah gugur di medan perang..
surat-surat tu semua pihak tentera tak sempat sampaikan
pada keluarga tentera-tentera tersebut..

oleh itu bermulalah pengembaraan mereka menuju ke alamat 
yang tecatat pada surat-surat tersebut..
akhirnya,selepas mengetahui kisah sebenar 
yang ada pada setiap surat tersebut,
mereka pun sedar dan menjadi manusia berguna..

diorang 2 orang pada mulanya rasa
yang jadi tentera tu sebenarnya tak berbaloi..
sebab terpaksa korbankan diri  sendiri..
tapi,diorang takde lah jadi tentera akhirnya
diorang tetap berbakti dengan masyarakat
walaupun tak jadi tentera..
kerana akhirnya 
diorang berjaya membuka sebuah universiti


itu lah antara pengalaman aku menonton hindustan..hehe

awanpastel.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

What do you think?