1 January 2012

kepok dan nisan

27 disember 2011 hari tu,aku pergi kubur arwah atuk dekat area shah alam..
pergi satu family sebab nak naikkan batu nisan dekat kubur
so,ni first time aku tengok cara-cara nak pasang..
alhamdulillah,pengalaman baru buat aku..




 mula-mula dia alihkan batu-batu dekat atas kubur tu..
pakcik ni kemas kan tanah tu sikit..

mereka tengah angkat batu simen
untuk dijadikan base..

then,mereka letak betul-betul dekat
tengah-tengah tanah yang pacik tu dah kemas..
kira dekat center kubur 

macam ni lah hasilnya

pakcik tu tengah penuhkan lubang yang ada
dekat tepi-tepi base tu dengan tanah lebih..

bila base dah kemas,pakcik tu letak lah kepok..

masa nak letak kepok ni,pakcik ni ada guna satu
benda yang boleh measure untuk center kan
kepok tu..

pakcik tu tengah habis kan pasang kepok tu..
nampak macam senang..sebab main cantum-cantum je..

ni,mereka nak ambil tanah untuk di isi ke dalam kepok..

pakcik tu tengah tunggu member bawak tanah..

tanah di isi ke dalam kepok..


isi penuh-penuh

lepas tu, pakcik tu rata kan tanah tersebut..
pakcik tu ratakan betul-betul


sebelum letak batu putih yang kecil-kecil tu,
pakcik tu letak tanah yang warna coklat kekelabuan tu dulu..

pak long aku tengah rata kan batu kecil tu..

rata kan kemas-kemas..

penuhkan 

time ni,batu nisan belum siap..actually dah order..
tapi maybe sebab ramai sangat orang tempah,
orang yang buatkan nisan tu pun terlupa nak buat arwah atuk punya..
so untuk sementara nisan diganti dengan tumbuhan..
hanya sebagai tanda..

alhamdulillah,segalanya berjalan lancar..
tak ada masalah...
walaupun rasa hari tu panas..
tapi kitorang bawa payung..
lagipun,,ada ketikanya aku perasan
yang langit kadangkala mendung...
bukan kerana hari nak hujan..
tapi sekadar awan menutup cahaya matahari..
semuanya atas belas ehsan allah s.w.t .. :)



oh ya..hari sebelum tu (26 disember 2011)
kami sekeluarga buat kenduri dulu..
memang penat..kaki ni lenguh juga lah..
tapi rasa berbaloi sangat sebab dapat tolong..
happy pun ada jugak..
balik semua penat..tapi tidur lambat..haha
tak boleh tidur lah pulak..
tak tau la pukul berapa mata ni terlelap..


ni adik-adik sedara aku..
otw nak pergi masjid taman tu..
makanan naik kereta..
kitorang jalan kaki..
nasib baik dekat..hoho


curi ambil gambar diorang..
jadi mamarazzi jap..hehe

makanan untuk bahagian perempuan..

tengah get ready..letak-letak makanan..
makanan malam tu memang sedap lah..



ni ada budak berlatih kompang dekat situ..
tangkap dorang sikit..hehe
bersemangat diorang main




alhamdulillah,kenduri malam 
tu pun berjalan lancar..
makanan pun cukup je..
siap boleh bawa balik 'tapau'..
berbaloi siapa yang datang malam tu.. :)






 ni just nak share gambar yang aku ambil dekat kubur tu..
tak ada niat apa-apa pun..


batu yang ala-ala tunggul yang cantik yang warna putih tu sebenarnya tempat duduk..
jakun sikit aku ni tu yang tangkap gambar tu..hehe



awanpastel.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

What do you think?